Saturday 28 March 2020

Puisi Jiwa

Persoalan hati

Seperti biasa hidup kini selalu merenung jiwa,
yang masih dibelenggu gusar,
persembahan hidup aku ternyata tak mampu membahagiakanmu,
ruangan hatiku masih begitu,
terlihat luas namun sempit,
setiap yang mencoba tentunya gagal, 
kerna hati aku kini beku ,
mengapa luka ini masih di hati, 
apa mungkin tak akan sembuh?
kapan berakhir?
kapan juga rasa ini akan mati?
sungguh aku yakin tak ada yang mampu menjawabnya,
karna jawabnya hanya ada pada satu manusia sahaja,
iaitu kamu.

-AM

Monday 23 March 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG



Assalamualaikum, hai semua hiks. Alhamdulillah sekian lama menunggu profN like gambar kat ig hahaha akhirnya ProfN like. 3 gambar pun sis sangat bersyukur. Seronok sebenarnya bila ada kelas yang kena update kat ig, blog, twitter dan youtube ni, hahah. Daripada tak biasa kepada terbiasa. So macam blog, sis dah biasa sebenarnya menulis, sama ada orang perasan ke tak tu sis hahaha rasanya tak kot ehek. Twitter pun sis ada 3 hahaha. 2 private account satu boleh dibaca umum. Satu daripadanya macam diary hahahaha. Saja la nak bagitahu takde lah penting mana. Terima kasih ProfN sudi like post saya di ig. heheheeeee

BBM3410Satu2020 : SIMPULAN BAHASA

https://www.youtube.com/watch?v=vtxiGKx2KW4&feature=youtu.be

Halo geng. Masih di rumah kan? Duk diam-diam kat rumah aip. Jangan degil-degil taw. So btw boleh check video group kami. Gambar diambil kat umah masing-masing je memandangkan tugasan telah diberikan oleh ProfN semasa perintah kawalan pergerakan diisytihar. No worry walaupun jauh kami bekerjasama untuk pastikan tugasan siap. Yawww. Yeah. Okay gerak luu geng. Selamat menonton! haha

Wednesday 18 March 2020

BBM3410Satu2020: Eh!!! Media Sosial

Pengenalan Bab 2

Menulis cerita secara indidvidu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila  orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.

(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi menngelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)




Secara kesimpulannya, pelajar lebih cenderung untuk merasa rendah diri apabila penulisan dibaca oleh khalayak ramai. Maka akan timbul perasaan negatif dalam diri seperti malu, rendah diri dan kurang keyakinan. Pembelajaran secara bersemuka lebih berkesan kepada pelajar kerana mereka dapat melakukan aktiviti terus yang melibatkan diri mereka dan mengurangkan salah faham apabila berkomunikasi.

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

yawwww everyone, cuti-cuti ni kena redha kalau ada kerja pun. Huhukkk. Maka terhasillah peta minda yang dibuat kat canva. Prof suh amik gambar tapi saya advancekan sikit jadilah peta minda. Harap ProfN tengok lah huhukkk. Muchas gracias.

Dibawah ni pula, version tweet getuwww. Kiteee create account baru untuk subjek ni je taw. Hehehe


RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

https://www.youtube.com/watch?v=XVKAP30jRRo&feature=youtu.be



Yawww. Fuh makin hari makin takoddd dengan virus corona ni. Tapi apa kan daya kita manusia biasa. Mampu berserah dan redha dengan apa yang berlaku. Okay kali ni kami buat video pasal jenis-jenis flatlay pulak. Tak sangka mencabar sungguh nak tangkap gmbar flatlay. Dugaannya sungguh besar dengan busy dengan program kolej dan sebagainya tapi macam biasa saya wanita besi ofcourseeee multitasking hahahaha okay apapun selamat menonton. Challooooooo!

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Monday 9 March 2020

BBM3410Satu2020 : ASAS FOTOGRAFI (YOUTUBE)

https://www.youtube.com/watch?v=iYWFNFz-Lcw



Yawww. Citra Purnama dah start buat video. It sooo fun wehhhh. Macam-macam gambar kami ambil and kami sangat happy. Kami telah bergambar menggunakan asas fotografi yang sungguh menarik seperti siluet, pendua, kabur, bayang dan Bird's eye view. Selama ni ambil gambar ikut suka hati je tanpa tahu nama-nama bagi asas fotografi tu. Tapi yaw sekarang sudah tahu yow! hahhaaa. Okay enjiy the video. Klik ja kat link tu. Direct youtube haaaa.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020 : ANALISIS WACANA KRITIS OLEH VANDIJK (1977)

VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi mempunyai teori VanDijk (1977). Teori tersebut menunjukkan terdapatnya kerangka pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Elemen yang terdapat di dalam nya meliputi makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Struktur makro lebih kepada analisis dari makna global sesuatu teks atau tema sesuatu teks. Mikro pula berfokuskan makna lokal daripada sesuatu teks dari pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.



Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

BBM3410Satu2020 : NOTA ASAS GRAFIK


ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku Multimedia dalam bahasa, asas grafik merupakan asas kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa jua yang ada kaitan dengan grafik. Asas grafik perlu diketahui oleh mereka yang berminat dengan perara-perkara yang telah disebut.

ELEMEN ASAS GRAFIK

1. MUDAH
- Gambar tersebut seharusnya mudah difahami boleh orang yang melihat. Sebagai contoh, apabila melihat gambar kucing, semua orang tahu itu adalah kucing dan bukannya meragui sebagai anjing atau burung.

2. WARNA
- Kombinasi warna perlu lebih daripada tiga. Ia menunjukkan gabungan warna yang menaikkan lagi gambar tersebut dan menunjukkan nilai estetika dalam gambar. Sebagai contoh, gambar yang mempunyai gabungan warna biru gelap, biru muda dan hijau untuk gambar laut.

3. TEKS
- Apabila melihat terdapat font sudah pasti semua melihat itu sebagai teks. Teks boleh terdiri daripada pelbagai font. Sebagai contoh, Arial dan Times New Roman.

4. KESESUAIAN
- Kesesuaian adalah berdasarkan latar tempat, latar masa atau latar watak. Contohnya, susasana petang di kampung terlihat kanak-kanak bermain di luar rumah.

5. KESEIMBANGAN
- Keseimbangan seharusnya mempunyai ruang dalam foto atau video. Ruang kiri dan kanan dan juga atas dan bawah.

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK

1. MENARIK
- Foto atau video beri kesan positif oleh kerana hasil yang menarik.

2. MUDAH DIFAHAMI
- Apabila melihat gambar tersebut terus boleh memahami gambar apa yang dilihat.

3. MESEJ
- Mesej melalui gambar meninggalkan kesan kepada masyarakat.

4. KETARA
- Jelas dengan apa yang hendak disampaikan tanpa kekeliruan.

5. PROMOSI
- Barangan yang dipromosikan akan lebih banyak dijual dan berjaya.

ASAS FOTOGRAFI

1. LONG SHOT
- Gambar yang diambil dari jarak yang jauh seperti gambar pemandangan kanak-kanak sedang bermain di kolam kondominium.

2. MEDIUM SHOT
- Gambar yang diambil dengan jarak yang hampir tetapi tidak memperlihatkan keseluruhan. Sebagai contoh, sekumpulan pelajar sedang menari dan diambil gambarnya supaya jelas dan kelihatan.

3. POTRAIT
- Gambar yang fokusnya yang jaraknya dekat sehingga memperlihatkan sesuatu dengan jelas dan cantik. Ia akan lebih jelas sekiranya gambar diambil di studio.

4. MUGSHOT
- Untuk mempamerkan wajah seperti gambar passport dan gambar kad pengenalan.

5. CLOSE-UP
- Kamera memfokuskan bahagian tertentu yang hendak difokus, Sebagai contoh, gambar mata dan hidung seorang gadis.

6. PEMANDANGAN
- Memperlihatkan keseluruhan pemandangan.

7. SILUET
- Siluet menunjukkan bentuk imej seseorang dan sebagainya yang biasanya terlihat gelap dan hitam dalam gambar.

8. KABUR
- Gambar yang latar belakangnya kabur.

9. PENDUA
- Gambar yang mempunyai pantulan sesuatu yang terlihat dua.

10. FLATLAY/HALF FLATLAY/QUARTER FLATLAY/ZERO FLATLAY
- Cara gambar yang diambil oleh seseorang. 

11. SWAFOTO
- Bergambar dengan sendiri atau orang lain.

12. OVER THE SHOULDER
- Gambar yang diambil dari bahagian belakang. Kamera dibelakang model over the shoulder.

13. BIRD'S EYES VIEW
- Gambar yang diambil dari sudut pandangan burung sebagai contoh, mengambil gambar dari tingkat 5 untuk memperlihatkan orang yang sedang berkawad di bawah.

14. BAYANG
- Gambar yang mempunyai bayang.

RULE OF THIRD
- Meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Menggunakan kotak grid untuk menjadi garis panduan kepada gambar yang lebih menarik.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

BBM3410Satu2020 : POST INSTAGRAM


RUJUKAN

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

BBM3410Satu2020 : TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI



Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau startegi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau startegi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

      Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakab topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan masa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantaranbangsaan merujuk kepada bahasa lain daripada bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), Dornyei dan Scott (1997) yang mempelopori 12 strategi. Strategi Pengelakan atau Pengurangan terbahagi kepada dua iaitu pengabaian/peninggalan mesej dan pengelakan topik. Komunikasi dikurangkan dengan mengabaikan sesuatu mesej yang disampaikan. Dalam peringkat pencapaian atau strategi pampasan pula, terdapat 9 strategi. antaranya, parafrasa, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, cipta perkataan baharu, penstrukturan semula/penggunaan kaedah bukan bahasa (bermaksud menggunakan non verbal seeprti pergerakan badan), terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan. Strategi seterusnya pula ialah penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini bermaksud penggunaan perkataan yang tiada makna/strategi penanda.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM




                       
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), dalam bab 4 tajuk instagram menyeronokkan mempunyai penjelasan mengenai manfaat instagram. Antara manfaatnya ialah, dapat memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang urutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan mereka dengan pengguna instagram mereka yang lain.  Selain itu, pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengalaman. Seterusnya, bagi pengajar, cerita pendek instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Akhir sekali, kajian tersebut akan menyumbang kepada pengguna instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Manfaat instagram menunjukkan ianya bukan hanya semata-mata untuk memuat naik gambar. Manfaatnya pelbagai dan mampu menjadi medium kepada setiap lapisan masyarakat. Instagram semestinya menjadi tumpuan ramai terutama golongan muda tetapi golongan lain juga mempunyai minat terhadap  instagram sebaik sahaja mempelajari dan mengetahui manfaatnya terhadap mereka. 
                                                                                                  
RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.


RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam bab 6 buku Eh! Media sosial menjelaskan bahawa keputusan dan perbincangan kajian dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu blog di di dalam pengajian kesusasteraan, blog dalam pembelajaran bahasa dan blog dalam pembelajaran teknologi. Ketiga-tiga bahagian ini dibincangkan dengan jelas dan mudah difahmi oleh penulis buku. 

Bahagian pertama iaitu blog di dalam pengajian kesusasteraan menunjukkan bahawa genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun diminati oleh golongan wanita.
Peratusan untuk puisi dengan 66.7% responden lelaki dan 80% untuk responden wanita. Menurut responden, menulis puisi adalah datang daripada emosi mereka terhadap seseorang. Mereka gemar menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusateraan dan berlatih untuk menggunakan perkataan yang sesuai. Kebiasaanya mereka menulis puisi untuk seseorang yang istimewa. Oleh sebab itu, mereka akan menulis puisi sebaik mungkin untuk difahami dan sesuai kepada orang yang hendak dituju puisinya. Tahap keyakinan juga dapat dipertingkatkan melalui penulisan puisi dan dapat memotivasikan pelajar untuk menulis dalam bahasa sasaran.Maka, jelas menunjukkan puisi memberi makna dalam setiap ayat yang terkandung di dalamnya. Golongan wanita yang sentiasa beremosi inilah golongan yang paling tinggi peratusannya menggunakan puisi untuk menyampaikan sesuatu yang dalam. Puisi sangat bagus untuk mempraktikkan perkataan bahasa Melayu. Puisi yang ditulis dalam bahasa pilihan dapat meningkatkan tahap kegembiraan penulis. Puisi mampu melentur jiwa. Seterusnya, cerpen juga menunjukkan golongan wanita lebih cenderung untuk gemar menulis cerpen berbanding golongan lelaki. Melalui penulisan cerpen pendek, penulis dapat mempraktikkan bahasa dan mampu berimaginasi tentang penulisan mereka. Kemudian, peratusan menulis skrip juga menunjukkan golongan wanita yang lebih cenderung menulis skrip berbanding golongan lelaki. Wanita berminat untuk berkongsi idea berbanding golongan lelaki. Responden turut menyatakan bahawa menulis skrip membantu mereka menulis jalan cerita seperti mana yang mereka bayangkan. Responden juga bermotivasi apabila skrip mereka dibaca oleh orang lain di blog mereka. Akhir sekali ialah pantun. Pantun juga sama seperti genre-genre yang dijelaskan, peratusan wanita lebih cenderung berminat terhadap pantun berbanding golongan lelaki. Responden wanita lebih gemar berpantun apabila meninggalkan pesanan kepada rakan mereka melalui blog dengan menggunakan pantun.



Bahagian kedua pula ialah blog dalam pembelajaran bahasa. Penulisan blog dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Peratus yang gemar menulis blog menunjukkan wanita lebih cenderung mempunyai minat yang tinggi terhadap penulisan blog berbanding golongan lelaki. Bagi penulisan surat, responden wanita gemar menulis surat kepada teman istimewa atau kepada ibu bapanya. Lelaki lebih gemar bersemuka dan bercakap berbanding mengekspreskannya dalam bentuk penulisan. Penulisan surat mampu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Surat bagi golongan wanita sangat adalah sangat romantis dan menarik untuk dibaca. pembaca dapat keyakinan melalui pembacaan dan penulisan blog. Menulis blog adalah cara yang terbaik untuk meluahkan perasaan. Wanita lebih bersikap sentimental berbanding lelaki. Oleh sebab itu, responden wanita lebih cenderung untuk meluah perasan melalui penulisan blog berbanding golongan lelaki. Bagi lelaki, mereka lebih malu untuk menulis blog kerana risau dibaca oleh orang ramai. Mereka lebih selesa memendam. Responden menyatakan bahawa mereka suka menulis blog apabila marah, sedih dan gembira. Terdapat juga responden yang membaca blog rakan untuk mengetahui perasaan rakan mereka. Kebanyakkan responden yang gemar menulis blog adalah untuk meluahkan perasaan. Terdapat respondeng yang menggunakan blog seperti diari harian mereka. Golongan lelaki lebih cenderung untuk menulis blog berkenaan perkara yang mereka minati seperti permainan bola sepak atau berkenaan kehidupan mereka di universiti. Responden juga mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap penulisan blog. Menulis  teka-teki juga cenderung kepada golongan wanita berbanding lelaki. Menulis teka-teki menyebabkan orang teruja untuk membaca dan mencari jalan penyelasaian untuk jawapan teka-teki tersebut. Teka teki dapat memotivasikan penulis teka-teki untuk menulis teka-teki yang baru. 



Bahagian ketiga pula ialah blog dalam pembelajaran teknologi. Penulisan blog dapat membantu responden dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke dalam blog. Responden akan begitu teruja sekiranya mereka memasukkan video, audio dan gambar ke dalam blog mereka. 100% responden lelaki dan wanita gemar memasukkan video ke dalam blog mereka. Dengan memasukkan video dapat memberi kepuasan kepada mereka. Muzik video yang dimasukkan adalah bersesuaian dengan cerita yang mereka tulis dalam blog. Bagi klip video, responden juga gemar meletakkannya, ianya berkenaan cerpen pendek atau dokumentari dalam blog. Bagi audio pula menunjukkan 100% responden lelaki dan wanita gemar memasukkan audio dalam blog mereka. Mereka meletakkan audio dalam senarai main lagu memandangkan mudah bagi mereka merombak dan memilih lagu yang mereka mahu. Lagu tekno boleh membuat mereka berfikir dengan aktif dan menulis dengan kreatif. Meletakkan gambar mampu melengkapkan blog mereka. Responden perempuan lebih gemar menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar dan menghantarnya terus ke dalam blog. Menurut responden, memuat turun gambar melalui telefon lebih mudah kerana mereka tidak memerlukan wayar sambungan untuk memindahkan gambar ke dalam komputer. Mereka gemar meletakkan caption pada setiap gambar mereka. Responden wanita sangat teruja untuk meletakkan gambar dalam blog mereka. Mereka akan memperoleh keyakinan apabila blog dibaca oleh rakan-rakan mereka. 

Kesimpulannya, untuk ketiga-tiga bahagian menunjukkan peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding peratusan responden lelaki. Menulis blog mampu memberi pelbagai manfaat bukan sahaja kepada penulis tetapi juga kepada pembaca. Kajian ini sangat bagus untuk jadi rujukan pada masa hadapan.

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...