Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), dalam bab 4 tajuk instagram menyeronokkan mempunyai penjelasan mengenai manfaat instagram. Antara manfaatnya ialah, dapat memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang urutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan mereka dengan pengguna instagram mereka yang lain. Selain itu, pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengalaman. Seterusnya, bagi pengajar, cerita pendek instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Akhir sekali, kajian tersebut akan menyumbang kepada pengguna instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Manfaat instagram menunjukkan ianya bukan hanya semata-mata untuk memuat naik gambar. Manfaatnya pelbagai dan mampu menjadi medium kepada setiap lapisan masyarakat. Instagram semestinya menjadi tumpuan ramai terutama golongan muda tetapi golongan lain juga mempunyai minat terhadap instagram sebaik sahaja mempelajari dan mengetahui manfaatnya terhadap mereka.
RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.
No comments:
Post a Comment