Thursday 5 March 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam bab 6 buku Eh! Media sosial menjelaskan bahawa keputusan dan perbincangan kajian dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu blog di di dalam pengajian kesusasteraan, blog dalam pembelajaran bahasa dan blog dalam pembelajaran teknologi. Ketiga-tiga bahagian ini dibincangkan dengan jelas dan mudah difahmi oleh penulis buku. 

Bahagian pertama iaitu blog di dalam pengajian kesusasteraan menunjukkan bahawa genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun diminati oleh golongan wanita.
Peratusan untuk puisi dengan 66.7% responden lelaki dan 80% untuk responden wanita. Menurut responden, menulis puisi adalah datang daripada emosi mereka terhadap seseorang. Mereka gemar menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusateraan dan berlatih untuk menggunakan perkataan yang sesuai. Kebiasaanya mereka menulis puisi untuk seseorang yang istimewa. Oleh sebab itu, mereka akan menulis puisi sebaik mungkin untuk difahami dan sesuai kepada orang yang hendak dituju puisinya. Tahap keyakinan juga dapat dipertingkatkan melalui penulisan puisi dan dapat memotivasikan pelajar untuk menulis dalam bahasa sasaran.Maka, jelas menunjukkan puisi memberi makna dalam setiap ayat yang terkandung di dalamnya. Golongan wanita yang sentiasa beremosi inilah golongan yang paling tinggi peratusannya menggunakan puisi untuk menyampaikan sesuatu yang dalam. Puisi sangat bagus untuk mempraktikkan perkataan bahasa Melayu. Puisi yang ditulis dalam bahasa pilihan dapat meningkatkan tahap kegembiraan penulis. Puisi mampu melentur jiwa. Seterusnya, cerpen juga menunjukkan golongan wanita lebih cenderung untuk gemar menulis cerpen berbanding golongan lelaki. Melalui penulisan cerpen pendek, penulis dapat mempraktikkan bahasa dan mampu berimaginasi tentang penulisan mereka. Kemudian, peratusan menulis skrip juga menunjukkan golongan wanita yang lebih cenderung menulis skrip berbanding golongan lelaki. Wanita berminat untuk berkongsi idea berbanding golongan lelaki. Responden turut menyatakan bahawa menulis skrip membantu mereka menulis jalan cerita seperti mana yang mereka bayangkan. Responden juga bermotivasi apabila skrip mereka dibaca oleh orang lain di blog mereka. Akhir sekali ialah pantun. Pantun juga sama seperti genre-genre yang dijelaskan, peratusan wanita lebih cenderung berminat terhadap pantun berbanding golongan lelaki. Responden wanita lebih gemar berpantun apabila meninggalkan pesanan kepada rakan mereka melalui blog dengan menggunakan pantun.



Bahagian kedua pula ialah blog dalam pembelajaran bahasa. Penulisan blog dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Peratus yang gemar menulis blog menunjukkan wanita lebih cenderung mempunyai minat yang tinggi terhadap penulisan blog berbanding golongan lelaki. Bagi penulisan surat, responden wanita gemar menulis surat kepada teman istimewa atau kepada ibu bapanya. Lelaki lebih gemar bersemuka dan bercakap berbanding mengekspreskannya dalam bentuk penulisan. Penulisan surat mampu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Surat bagi golongan wanita sangat adalah sangat romantis dan menarik untuk dibaca. pembaca dapat keyakinan melalui pembacaan dan penulisan blog. Menulis blog adalah cara yang terbaik untuk meluahkan perasaan. Wanita lebih bersikap sentimental berbanding lelaki. Oleh sebab itu, responden wanita lebih cenderung untuk meluah perasan melalui penulisan blog berbanding golongan lelaki. Bagi lelaki, mereka lebih malu untuk menulis blog kerana risau dibaca oleh orang ramai. Mereka lebih selesa memendam. Responden menyatakan bahawa mereka suka menulis blog apabila marah, sedih dan gembira. Terdapat juga responden yang membaca blog rakan untuk mengetahui perasaan rakan mereka. Kebanyakkan responden yang gemar menulis blog adalah untuk meluahkan perasaan. Terdapat respondeng yang menggunakan blog seperti diari harian mereka. Golongan lelaki lebih cenderung untuk menulis blog berkenaan perkara yang mereka minati seperti permainan bola sepak atau berkenaan kehidupan mereka di universiti. Responden juga mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap penulisan blog. Menulis  teka-teki juga cenderung kepada golongan wanita berbanding lelaki. Menulis teka-teki menyebabkan orang teruja untuk membaca dan mencari jalan penyelasaian untuk jawapan teka-teki tersebut. Teka teki dapat memotivasikan penulis teka-teki untuk menulis teka-teki yang baru. 



Bahagian ketiga pula ialah blog dalam pembelajaran teknologi. Penulisan blog dapat membantu responden dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke dalam blog. Responden akan begitu teruja sekiranya mereka memasukkan video, audio dan gambar ke dalam blog mereka. 100% responden lelaki dan wanita gemar memasukkan video ke dalam blog mereka. Dengan memasukkan video dapat memberi kepuasan kepada mereka. Muzik video yang dimasukkan adalah bersesuaian dengan cerita yang mereka tulis dalam blog. Bagi klip video, responden juga gemar meletakkannya, ianya berkenaan cerpen pendek atau dokumentari dalam blog. Bagi audio pula menunjukkan 100% responden lelaki dan wanita gemar memasukkan audio dalam blog mereka. Mereka meletakkan audio dalam senarai main lagu memandangkan mudah bagi mereka merombak dan memilih lagu yang mereka mahu. Lagu tekno boleh membuat mereka berfikir dengan aktif dan menulis dengan kreatif. Meletakkan gambar mampu melengkapkan blog mereka. Responden perempuan lebih gemar menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar dan menghantarnya terus ke dalam blog. Menurut responden, memuat turun gambar melalui telefon lebih mudah kerana mereka tidak memerlukan wayar sambungan untuk memindahkan gambar ke dalam komputer. Mereka gemar meletakkan caption pada setiap gambar mereka. Responden wanita sangat teruja untuk meletakkan gambar dalam blog mereka. Mereka akan memperoleh keyakinan apabila blog dibaca oleh rakan-rakan mereka. 

Kesimpulannya, untuk ketiga-tiga bahagian menunjukkan peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding peratusan responden lelaki. Menulis blog mampu memberi pelbagai manfaat bukan sahaja kepada penulis tetapi juga kepada pembaca. Kajian ini sangat bagus untuk jadi rujukan pada masa hadapan.

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...