Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Fuh, rasa macam tak percaya tulis balik blog untuk subjek teras kursus. Hahaha. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menulis blog, sejak umur 12 tahun lagi saya sudah mula menulis blog tapi hanya untuk suka-suka kerana saya saya sangat gemar menulis. Nama diberi secantik diri ini iaitu Anis Maisarah Binti Sharulnizam heheeee. Saya berumur 21 tahun 7 bulan heheee. Masih muda lagi hahaha. Saya berasal daripada Kelantan. Ramai yang selalu bertanya kepada saya, kenapa saya tak bunyi seperti orang Kelantan hahaaaa. Secara biologinya saya memang berdarah Kelantan kerana ibu bapa saya anak jati Kelantan. Tapi sebab saya membesar di Kuantan, saya tidak menggunakan dialek Kelantan dengan sempurna, tapi saya faham je dan tahu bagaimana untuk respon. Cuma yang menjadi masalah sama ada orang faham atau tak apa yang saya perkatakan. Ayah saya seorang pensyarah dan ibu saya seorang guru jadi saya sentiasa menjadikan ibu bapa saya sebagai idola saya untuk lebih berjaya. Hahahaaaa. Apa lagi yang menarik mengenai saya? Hurmmm, ini orang lah kata hehe saya seorang yang peramah dan banyak cakap. Ada je topik untuk disembang bersama saya. Saya akui saya memang seorang yang peramah dan banyak cakap tetapi terdapat juga orang tertentu yang saya sukar untuk berborak dengannya hahaha. Sama ada dia hambar atau saya yang hambar hahahaaaa.


2 comments:

  1. memang model ke? seba familiar... eh awak yang bising tu kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betooooo, saya ada jadi model untuk beberapa butik baju okaylah tu kan. ye saya yang bising tu yang banyak cakap yang paling awak sayang

      Delete

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...