Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020 : Penulisan Blog

10 Cara menulis blog dengan baik

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca,

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

7. Dapat dibaca dan difahami.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

"Menulis blog boleh dijadikan sebagai proses untuk menolong dan mempertingkat motivasi pelajar dalam kehidupan. Oleh itu, menulis blog boleh dijadikan medium komunikasi untuk semua pelajar di mana mereka boleh berkongsi pengalaman, pendapat dan komen terhadap topik yang dibincangkan" (Normaliza Abd Rahim, 2014) Penulisan blog yang baik merupakan sebuah penulisan yang berjaya menarik peminat membaca untuk meneruskan bacaan terhadap pengisian blog. Sekiranya blog tersebut tidak mempunyai cerita yang menarik, pembaca akan mula bosan dan mencari bahan bacaan di blog lain yang lebih menarik. Oleh sebab itu, pengisian blog yang menarik dengan pelbagai cerita amatlah dinanti-nanti oleh pembaca untuk terus mengikuti perkembangan penulisan dalam blog milik penulis.

Sebaiknya blog seharusnya mempunyai ayat yang humor dan berbentuk jenaka akan membuatkan blog lebih menarik. Tanpa ayat yang humor dan berbentuk jenaka mungkin blog akan lebih tampak formal dan sedikit membosankan. Hujah yang baik dan mempunyai kesinambungan dalam penulisan amat penting untuk memudahkan pembaca memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Penulis boleh memasukkan isu semasa dalam pengisian blog untuk meraih minat pembaca moden sekarang yang amat ketagih terhadap isu tular.

Selain itu, penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas dapat memudahkan pembaca untuk memahami dan dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisan blog. Komunikasi dua hala melalui penulisan blog juga penting bagi menunjukkan komunikasi antara penulis dan pembaca. 
Nilai moral dan estetika juga penting dalam penulisan blog untuk memberi sesuatu kepada pembaca dan bukan hanya sekadar suka-suka. Penulisan blog juga mampu memberi ilmu kepada pembaca untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengisian blog itu tersendiri.

Kesimpulannya, 10 cara-cara untuk menulis blog yang baik sepatutnya dapat membantu penulis untuk memahami cara-cara menulis blog yang baik dengan lebih sempurna.

Rujukan

Normaliza Abdul Rahman (2014) Learning Through Blog Writing Enbraching The Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh! Media Sosial. Terengganu, Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...