Hujan mengetuk kaca jendela
aku memerhati penuh perasaan
begitu hujan juga mengerti
kesepian aku kini
Tiada sesiapa pun mengerti
tentang luka tidak berdarah
diguris pilu
ditikam kecewa
begitu berat aku menanggung beban
begitu berat aku menanggung himpunan rindu
Perjalanan aku tidak terarah lagi
terkurung sepi di ruang tidak berjeriji
hujan mulai turun dalam hati
membanjiri seluruh jiwaku
aku seakan lemas dalam rindu
bersama sendu
Hilangnya orang yang aku damba
tiada lagi yang mengisi ruang kalbu
tiada lagi yang mengukir senyum
tiada lagi yang mengajak aku melihat pelangi
Disember yang aku nantikan
hanya tinggal kenangan
hanya tinggal secebis rindu
kemudian banjir di kelopak mata
setiap kali Disember menjelma!
Azie Azmi, Serdang
harap keluarga awak baik-baik je dan tabah menghadapi banjir kat kelantan haritu...
ReplyDeleteni puisi penuh makna tersirat sila fahami dengan sepenuh hati, mungkin awk perlu rasai banjir hati itu untuk jadikan teladan hahahahha
Delete