Tuesday 5 May 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

CERITA SOSIAL 3

Antara 3 nilai yang terkandung dalam cerita;
  1.  Rajin
  2. Penyabar
  3. Penyayang

Nilai pertama dalam cerita sosial 3 ialah rajin. Alim dan adik beradiknya selalu membantu ibu bapa mereka untuk membuat kerja rumah seperti menyapu sampah dan mengutip permainan yang bersepah. Selain itu, nilai kedua pula ialah penyabar. Hal ini kerana Alim cuba untuk belajar menjadi seorang yang penyabar dan rajin membuat kerja rumah selepas dipujuk oleh ibunya. Alim cuba untuk memahami kerja seharian di rumahnya. Nilai terakhir pula ialah penyayang. Alim dan keluarganya saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Hal ini boleh dilihat melalui ungkapan alim kepada keluargnya iaitu "Saya sayang keluarga saya.". Kesimpulannya, Alim dan keluarga mempunyai nilai-nilai positif dan baik dalam diri mereka sehingga membentuk sebuah keluarga bahagia.

Diselit gambar saya yang boleh la acah cumil bersama buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...