Thursday 30 April 2020

RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)




RULE OF THIRDS UNTUK SWAFOTO



Tugasan ini menurut saya amat comel hehe kerana saya perlu menghuraikan apakah maksud Rule Of Thirds untuk swafoto dan mempamerkan lukisan saya yang comel tersebut hehe. Saya jarang membuat posting di facebook jadi ini merupakan kali pertama saya membuat posting facebook pada tahun 2020. Terkejut bukan? Ya. Anda perlu terkejut hahaha. Melalui posting ini saya yakin rakan-rakan di facebook boleh mendapat sedikit ilmu mengenai Rule Of Thirds ini. Rujukan itu juga sudah pasti akan mendapat perhatian pembaca kerana semua ilmu mengenai multimedia ada didalamnya. Secara kesimpulannya, tugasan ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu tambahan kepada rakan-rakan di facebook saya.  

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit: Universiti Putra malaysia, Serdang, Selangor.
 

BBM3410Satu2020 : BAB 1 MEDIA SOSIAL : GAMBARAN KESELURUHAN



AKTIVITI 1, AKTIVITI 2 DAN AKTIVITI 3






Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT

BBM3410Satu20202 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

3 Nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa

1- Pemurah
2- Kasih Sayang
3- Rajin




Pada pendapat saya, 3 nilai ini merupakan nilai yang paling ketara dapat dilihat dalam Cerita Sosial 2. Nilai pertama iaitu pemurah dapat dilihat apabila Alim bertanya kepada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Nilai kedua yang dapat dilihat ialah kasih sayang. Nilai kasih sayang dapat dilihat apabila bapa Alim menyuruh abang Imran memanggil semua ahli keluarga untuk menikmati buah-buahan bersama-sama. Akhir sekali, nilai rajin yang ada dalam Cerita Sosial 2 ini dapat dilihat apabila Alim membantu ahli keluarganya yang lain mengemas rumah selepas selesai menikmati buah-buahan tersebut.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu

Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Multimedia dalam Bahasa

ASAS FOTOGRAFI (JENIS SHOT)



Nota peta minda ringkas berkenaan asas fotografi




RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit: Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor



Rule Of Thirds dalam fotografi, aturan pertiga adalah jenis komposisi di mana gambar dibahagikan secara merata menjadi pertiga, sama ada secara mendatar atau menegak dan subjek gambar diletakkan pada garis pemisah tersebut atau pada salah satu garis itu sendiri. Rule Of Thirds amat penting untuk menunjukkan keseimbangan dalam gambar.Rule Of Thirds tidak semestinya perlu digunakan pada setiap situasi apabila hendak mengambil gambar tetapi hasil gambar yang menggunakan rule of thirds sudah pasti lebih menarik.



RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit: Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

BBM3410Satu2020: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi

CERITA SOSIAL 2 

Cerita sosial 2 mengisahkan tentang Alim dan keluarga yang mempunyai nilai murni dalam diri masing-masing. Bapa Alim membeli buah-buahan yang pelbagai seperti buah rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi di pasar tani. Bapa Alim meminta Abang Imran untuk memanggil ibu dan adik-adiknya yang lain untuk bersama-sama makan buah-buahan yang dibeli oleh bapanya. Alim mengamalkan nilai murni seperti berbuat baik kepada jiran dengan memberikan jirannya iaitu Sulaiman buah rambutan dan buah manggis.  Sesuai dengan pepatah melayu "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Hal ini menunjukkan Alim seorang anak yang patuh akan nasihat ibu bapanya. Ibu bapanya sentiasa mengingatkannya untuk berbuat baik kepada semua orang. Alim juga belajar daripada adik-beradiknya iaitu abang Imran, Madinah dan Aisyah tentang sifat berkongsi sesuatu dengan orang lain. Setelah selesai makan, Alim membantu keluarganya untuk mengemas rumah. Alim terserempak dengan Ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah di luar rumah sewaktu Alim hendak membuang sampah kulit buah-buahan. Mak Cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberikan Sulaiman buah rambutan dan buah manggis. Menurut Alim berkongsi merupakan amalan yang baik. Oleh sebab itu, dia berkongsi dengan orang yang baik seperti keluarga Sulaiman. Mak Cik Timah memuji Alim anak yang baik. Alim sangat suka berkawan dengan Sulaiman. Selepas itu, Alim melambai Mak Cik Timah dan masuk ke dalam rumah. Kemudian, Mak Cik Timah  memandang Alim masuk ke dalam rumah dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.


Cerita sosial 2 ini jelas menunjukkan nilai kasih sayang antara keluarga. Saya telah menulis nama ibu saya bersama kata-kata ringkas tapi bermakna AI <3 YU heheeeee.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu

STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)

            Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana yang terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Manakala, bahagian kedua merupakan senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & levinson (1987) memperkenalkan konsep "wajah" untuk menggambarkan "kesopanan" dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis "wajah": "wajah positif" dan "wajah negatif". Brown & levinson (1987:61) menentukan "muka positif" kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. "Muka negatif" merupakan “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Selain itu, strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan iaitu bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record atau secara tidak langsung dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


ANIS MAISARAH BINTI SHARULNIZAM 195915



RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu

Sunday 26 April 2020

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Haloooo nissy kembali. Kelas dari jam 9 pagi hahaha barai terok tapi yeah sis sentiasa bersemangat!





Ya begitu hasilnya. Dari jam 10-12. Mantul getuww. Kerjasama yang baik geng. Lebiyuoll hahaha


Hurm kena tolak 2 so tinggal la 8% markah kumpulan. Tapi tidak apa, kami redha. Huhu. Kelam kabut tangkap gambar semua. Ampun tulisan tu kepada yang melihat. Kebetulan masa dapat tugasan tangkap gambar ni kelas kesenian melayu bermula rasa nak tercabut jantung. Tapi seperti selalu, anis is redha. hehehehheheheeeee


Alhamdulillah, Yay!! Terima kasih ProfN <3 Sayang ProfN ketat-ketat heheeeeeeeeeeeee



BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...