Thursday 30 April 2020

BBM3410Satu20202 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

3 Nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa

1- Pemurah
2- Kasih Sayang
3- Rajin




Pada pendapat saya, 3 nilai ini merupakan nilai yang paling ketara dapat dilihat dalam Cerita Sosial 2. Nilai pertama iaitu pemurah dapat dilihat apabila Alim bertanya kepada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Nilai kedua yang dapat dilihat ialah kasih sayang. Nilai kasih sayang dapat dilihat apabila bapa Alim menyuruh abang Imran memanggil semua ahli keluarga untuk menikmati buah-buahan bersama-sama. Akhir sekali, nilai rajin yang ada dalam Cerita Sosial 2 ini dapat dilihat apabila Alim membantu ahli keluarganya yang lain mengemas rumah selepas selesai menikmati buah-buahan tersebut.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...