Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN "KELUARGA": BUKU KAJIAN WACANA

KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Model Penceritaan "Keluarga: ini mengisahkan tentang keluarga. Seorang anak yang mencintai keluarganya. Seorang anak yang sentiasa membantu ibu bapanya tanpa mengira waktu pada waktu pagi sehingga malam. Seorang anak yang menyayangi keluarganya terutama ibu bapanya dengan menjaga budi pekerti untuk keluarga yang dia cintai. Seorang anak itu sangat mementingkan keluarga dalam hidupnya. Bagi dia, keluarga merupakan segalanya. Bak kata pepatah melayu "Air yang dicincang tidak akan putus", sebegitulah boleh kita definisikan tentang pertalian darah keluarga yang amat rapat dan tidak dapat dipisahkan walau bagaimana cara sekalipun. Ikatan keluarga tidak akan putus kerana darah yang mengalir dalam badan tetap sama sekeluarga. Seorang anak dalam Model Penceritaan "Keluarga" amat menyayangi dan memerlukan keluarganya iaitu ibu, bapa, abang, kakak, adik dan saudaranya. Begitu utuh rasa kasih sayang seorang anak tersebut kepada keluarganya sehingga memberi kesan kepada diri saya apabila membacanya. Semoga kita semua menyayangi dan mencintai keluarga sepenuh hati jiwa tanpa melupakan jasa. Sekiranya keluarga dalam kesusahan sewajibnya kita membantu semampu mungkin walau dalam apa bantuan sekalipun sama ada mental dan fizikal. Sokongan adalah perlu diberikan kepada keluarga sekiranya mereka merasa sedih dan putus asa dalam apa jua hal. Kita seharusnya bersyukur mempunyai keluarga. Semua orang mempunyai keluarga tetapi tidak semua orang bersama keluarganya. Sekiranya keluarga masih hidup kita seharusnya lebih sayang kepada mereka dan mensyukuri kerana mereka masih bernyawa. Sekiranya mereka sudah meninggal dunia doakanlah mereka di alam sana. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T. InsyaAllah Aaamin aamin ya rabbal alamin.


Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik


Hai geng! So Citra Purnama Production dah dapat kembali hasil kerja asas grafik kami! Kami gembira dengan hasil kerja kami walaupun tidak sempurna. Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim telah memberi komen dan memberi 3 bintang untuk hasil kerja asas grafik kami. Kami telah ditegur dimana terdapat gelembung pada gambar yang ditampal. Sekiranya tugasan seperti ini harus dilakukan lagi, kumpulan kami sudah pasti akan berhati-hati dan memastikan tampalan sempurna tanpa ada gelembung dan cacat cela.


Kumpulan kami bergambar bersama hasil kerja asas grafik yang telah kami lakukan selama 4 jam dari jam 11 pagi sehingga 3 petang.


Gambar di atas menunjukkan 3 bintang yang telah diberikan kepada hasil kerja asas grafik kumpulan kami.

Sunday 23 February 2020

BBM3410Satu: Blanket Test 2.0

Soalan 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan kesesuaian?

Jawapan : Kesesuaian bermaksud kesesuaian gambar mengikut latar seperti latar tempat, latar masa, latar watak yang ada dalam sesebuah gambar.

( 1 Markah )


Soalan 2 : Gambar tersebut menunjukkan asas fotografi yang mana?

Asas fotografi dalam gambar berkenaan menunjukkan jenis medium shot. Medium shot dalam gambar menunjukkan seorang gadis yang jelas wajahnya dengan separa badan. Hal ini menunjukkan bahawa gambar medium shot untuk gambar berkenaan hendak memfokuskan gadis tersebut.

( 1 Markah )

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

Pada hari ini, kumpulan 7 atau lebih dikenali sebagai Citra Purnama Production telah melakukan shooting untuk beberapa asas grafik iaitu long shot, medium shot, potrait, close up dan Mug shot. Kami telah berbincang dahulu sebelum melakukan aktiviti shooting bersama-sama. It was fun! Walaupun muka terbakar sebab program di pantai dua hari lepas tapi masih lagi cantik hahaaa! Yakin kann?! Haruslah. Okay yukk! Ayuh kita ikuti gambar-gambar yang telah kami ambil sepanjang sesi fotografi 😍

 Gambar 1 : Long shot ; long shot diatas menunjukkan seorang gadis pada jarak yang separa jauh iaitu masih memperlihatkan wajah gadis tersebut tetapi pada jarak yang separa jauh.

Gambar 2 : Long shot ; Gambar diatas menunjukkan long shot memperlihatkan pemandangan pokok-pokok dan langit biru yang sungguh cantik dengan warna yang terang dan lembut.

Gambar 3 : Medium shot ; gambar diatas menunjukkan seorang gadis dengan masih memperlihatkan wajah dan separuh badannya.

 Gambar 4 : Close up ; close up dalam gambar diatas merujuk kepada barangan make up dengan pelbagai jenis jenama lipstik.

Gambar 5 : Close up ; close up bahagian dahi sehingga hidung seorang gadis yang terlihat jelas.

Gambar 6 : Potrait ; menunjukkan seorang gadis sedang posing.
Gambar 7 : Potrait ; menunjukkan seorang gadis dengan memperlihatkan keseluruhan badan.

       Mug shot ; mug shot setiap ahli kumpulan.




                                                    Gambar 8: Nurul Najwa binti Mohd Zamahuri


Gambar 9: Siti Noor Farihin binti Abd Manas


Gambar 10 : Nurul Najwa Binti Omardani
Gambar 11 : Anis Maisarah Binti Sharulnizam




Gambar 12 : Nor Umirah binti Hamzah


Gambar 13 : Fira Hanis Amanina binti Abd Rashid


Gambar 14 : Fathin Nadzira binti Zabidi


Gambar 15 : Intan Syahira Binti Mohd Isa


Gambar 16 : Ahmad Faisal Bin Mohamad


Gambar 17 : Nurul Amirah Nadiah binti Ishak

Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH - ANIS MAISARAH BINTI SHARULNIZAM


Gambar di atas menunjukkan manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa yang saya peroleh melalui pembacaan buku EH!!! Media Sosial penulisan Noraien Mansor dan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF. DR. NORMALIZA SBD RAHIM

Cerita sosial 2 mengisahkan tentang Alim dan keluarga yang mempunyai nilai murni dalam diri masing-masing. Bapa Alim membeli buah-buahan yang pelbagai seperti buah rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi di pasar tani. Bapa Alim meminta Abang Imran untuk memanggil ibu dan adik-adiknya yang lain untuk bersama-sama makan buah-buahan yang dibeli oleh bapanya. Alim mengamalkan nilai murni seperti berbuat baik kepada jiran dengan memberikan jirannya iaitu Sulaiman buah rambutan dan buah manggis.  Sesuai dengan pepatah melayu "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Hal ini menunjukkan Alim seorang anak yang patuh akan nasihat ibu bapanya. Ibu bapanya sentiasa mengingatkannya untuk berbuat baik kepada semua orang. Alim juga belajar daripada adik-beradiknya iaitu abang Imran, Madinah dan Aisyah tentang sifat berkongsi sesuatu dengan orang lain. Setelah selesai makan, Alim membantu keluarganya untuk mengemas rumah. Alim terserempak dengan Ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah di luar rumah sewaktu Alim hendak membuang sampah kulit buah-buahan. Mak Cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberikan Sulaiman buah rambutan dan buah manggis. Menurut Alim berkongsi merupakan amalan yang baik. Oleh sebab itu, dia berkongsi dengan orang yang baik seperti keluarga Sulaiman. Mak Cik Timah memuji Alim anak yang baik. Alim sangat suka berkawan dengan Sulaiman. Selepas itu, Alim melambai Mak Cik Timah dan masuk ke dalam rumah. Kemudian, Mak Cik Timah  memandang Alim masuk ke dalam rumah dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.



Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Kumpulan kami iaitu kumpulan 6 atau yang diberi nama Citra Purnama Production telah menghasilkan elemen asas grafik dengan menggunakan beberapa bahan seperti gunting, pisau, reben, mounting board, UHU glue stick, majalah saiz A4 (Glossy paper) dan yang paling penting iaitu Buku Multimedia dalam bahasa. Jadi, ayuh kita ikuti proses penghasilan asas grafik kumpulan kami!





Setiap ahli kumpulan mempunyai bahagian tugas masing-masing untuk menyempurnakan tugasan asas grafik. Elemen asas grafik yang kami temui dalam majalah yang telah kami pilih dapat dilihat dari segi mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Kami telah menunjukkan dan mendapatkan nasihat bagi gambar yang dipilih kepada Prof. Dr. Normaliza Binti Abd Rahim sebelum meneruskan proses seterusnya. Bagi elemen asas grafik warna, gambar kosmetik telah dipilih kerana penggunaan warna yang amat menyerlah dan menarik. Selain itu, bagielemen mudah pula, kami telah memilih gambar air terjun oleh sebab gambar tersebut menunjukkan dengan jelas dan ketara. Seterusnya, elemen teks, gambar siluet masjid menunjukkan terdapat teks yang jelas dilihat dalam gambar. Gambar persisiran pantai pula dipilih sebagai elemen asas grafik kesesuaian kerana gambar tersebut mempunyai latar tempat yang sesuai. Akhir sekali, bagi elemen keseimbangan pula, keseimbangan dapat dilihat pada sebatang pokok iaitu menggunakan warna terang dan ruang bawah yang menggunakan warna yang lebih gelap. 






Gambar diatas menunjukkan contoh bagi gambar yang telah dipilih setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Prof. Dr. Normaliza Binti Abd rahim.



BBM3410Satu2020: Blanket Test

KUMPULAN 6

Apa elemen asas grafik dari sebuah gambar pemandangan di sebuah jeti ?

Teks. Walaupun gambar tersebut tidak mempunyai teks, tetapi kita sudah tahu gambar itu menunjukkan pemandangan di sebuah jeti.

Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Cerita Sosial 1 mengisahkan tentang Alim yang sungguh teruja untuk pulang ke kampung datuk dan neneknya di Kajang, Selangor. Alim teruja untuk untuk melihat binatang peliharaan datuk dan nenknya iaitu ayam dan itik. Namun, setibanya Alim di sana, Alim begitu sedih kerana tidak dapat mecari ayam dan itik milik datuk dan neneknya. Dia menangis dan dipujuk oleh neneknya. Setelah itu, dia dibawa ke reban ayam dan itik baru milik datuk dan neneknya. Alim melihat ayam dan itik milik datuk dan neneknya itu dengan begitu gembira. Setelah selesai melihat ayam dan itik, Alim menangis lagi kerana melihat keadaan rumah datuk dan neneknya yang sudah berbeza dan menyangka bahawa rumah tersebut sudah tiada lalu nenek menceritakan kepada Alim mengenai perabot dalam rumah. Cerita nenek telah berjaya menghentikan tangisan Alim. Ibu bapa Alim serta datuk dan neneknya sangat bingung dan sedih dengan tingkah laku Alim. Namun, Alim kelihatan gembira menonton televisyen bersama adik-beradiknya yang lain yang membangkit suasana bahagia dalam keluarga.

BBM3410Satu2020 : Keluarga

Keluarga boleh didefinisikan sebagai orang yang mempunyai talian darah dengan diri dan semestinya orang yang paling rapat dengan kita semua. Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, ayah saya seorang pensyarah dan ibu saya seorang guru. Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan puteri tunggal sulung kesayangan keluarga hahahaaa. Adik lelaki saya berumur 19 tahun, 17 tahun dan 8 tahun. Adik lelaki saya yang berumur 19 tahun turut menuntut ilmu di Universiti Putra Malaysia (UPM) setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala yang lain masing-masing melanjutkan pelajaran di sekolah menengah dan sekolah rendah. Saya mempunyai keluarga yang sering memberikan sokongan kepada diri saya untuk berjaya. Mereka sentiasa menyokong saya dalam menyertai pelbagai aktiviti dan bidang yang saya minati. Saya bersyukur dengan keluarga yang dikurniakan Allah SWT. Selain keluarga, rakan baik saya juga merupakan keluarga saya yang saya amat hargai dan sayangi. Mereka juga sumber kekuatan saya sehingga saya mampu berdiri dan bersama-sama mencapai kejayaan. Alhamdulillah berkat doa ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan saya, saya berjaya mendapat gcpa yang lebih baik daripada semester sebelum ini. Keluarga adalah segala-galanya.






Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020 : Penulisan Blog

10 Cara menulis blog dengan baik

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca,

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

7. Dapat dibaca dan difahami.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

"Menulis blog boleh dijadikan sebagai proses untuk menolong dan mempertingkat motivasi pelajar dalam kehidupan. Oleh itu, menulis blog boleh dijadikan medium komunikasi untuk semua pelajar di mana mereka boleh berkongsi pengalaman, pendapat dan komen terhadap topik yang dibincangkan" (Normaliza Abd Rahim, 2014) Penulisan blog yang baik merupakan sebuah penulisan yang berjaya menarik peminat membaca untuk meneruskan bacaan terhadap pengisian blog. Sekiranya blog tersebut tidak mempunyai cerita yang menarik, pembaca akan mula bosan dan mencari bahan bacaan di blog lain yang lebih menarik. Oleh sebab itu, pengisian blog yang menarik dengan pelbagai cerita amatlah dinanti-nanti oleh pembaca untuk terus mengikuti perkembangan penulisan dalam blog milik penulis.

Sebaiknya blog seharusnya mempunyai ayat yang humor dan berbentuk jenaka akan membuatkan blog lebih menarik. Tanpa ayat yang humor dan berbentuk jenaka mungkin blog akan lebih tampak formal dan sedikit membosankan. Hujah yang baik dan mempunyai kesinambungan dalam penulisan amat penting untuk memudahkan pembaca memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Penulis boleh memasukkan isu semasa dalam pengisian blog untuk meraih minat pembaca moden sekarang yang amat ketagih terhadap isu tular.

Selain itu, penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas dapat memudahkan pembaca untuk memahami dan dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisan blog. Komunikasi dua hala melalui penulisan blog juga penting bagi menunjukkan komunikasi antara penulis dan pembaca. 
Nilai moral dan estetika juga penting dalam penulisan blog untuk memberi sesuatu kepada pembaca dan bukan hanya sekadar suka-suka. Penulisan blog juga mampu memberi ilmu kepada pembaca untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengisian blog itu tersendiri.

Kesimpulannya, 10 cara-cara untuk menulis blog yang baik sepatutnya dapat membantu penulis untuk memahami cara-cara menulis blog yang baik dengan lebih sempurna.

Rujukan

Normaliza Abdul Rahman (2014) Learning Through Blog Writing Enbraching The Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh! Media Sosial. Terengganu, Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Fuh, rasa macam tak percaya tulis balik blog untuk subjek teras kursus. Hahaha. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menulis blog, sejak umur 12 tahun lagi saya sudah mula menulis blog tapi hanya untuk suka-suka kerana saya saya sangat gemar menulis. Nama diberi secantik diri ini iaitu Anis Maisarah Binti Sharulnizam heheeee. Saya berumur 21 tahun 7 bulan heheee. Masih muda lagi hahaha. Saya berasal daripada Kelantan. Ramai yang selalu bertanya kepada saya, kenapa saya tak bunyi seperti orang Kelantan hahaaaa. Secara biologinya saya memang berdarah Kelantan kerana ibu bapa saya anak jati Kelantan. Tapi sebab saya membesar di Kuantan, saya tidak menggunakan dialek Kelantan dengan sempurna, tapi saya faham je dan tahu bagaimana untuk respon. Cuma yang menjadi masalah sama ada orang faham atau tak apa yang saya perkatakan. Ayah saya seorang pensyarah dan ibu saya seorang guru jadi saya sentiasa menjadikan ibu bapa saya sebagai idola saya untuk lebih berjaya. Hahahaaaa. Apa lagi yang menarik mengenai saya? Hurmmm, ini orang lah kata hehe saya seorang yang peramah dan banyak cakap. Ada je topik untuk disembang bersama saya. Saya akui saya memang seorang yang peramah dan banyak cakap tetapi terdapat juga orang tertentu yang saya sukar untuk berborak dengannya hahaha. Sama ada dia hambar atau saya yang hambar hahahaaaa.


BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...