Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF. DR. NORMALIZA SBD RAHIM

Cerita sosial 2 mengisahkan tentang Alim dan keluarga yang mempunyai nilai murni dalam diri masing-masing. Bapa Alim membeli buah-buahan yang pelbagai seperti buah rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi di pasar tani. Bapa Alim meminta Abang Imran untuk memanggil ibu dan adik-adiknya yang lain untuk bersama-sama makan buah-buahan yang dibeli oleh bapanya. Alim mengamalkan nilai murni seperti berbuat baik kepada jiran dengan memberikan jirannya iaitu Sulaiman buah rambutan dan buah manggis.  Sesuai dengan pepatah melayu "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Hal ini menunjukkan Alim seorang anak yang patuh akan nasihat ibu bapanya. Ibu bapanya sentiasa mengingatkannya untuk berbuat baik kepada semua orang. Alim juga belajar daripada adik-beradiknya iaitu abang Imran, Madinah dan Aisyah tentang sifat berkongsi sesuatu dengan orang lain. Setelah selesai makan, Alim membantu keluarganya untuk mengemas rumah. Alim terserempak dengan Ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah di luar rumah sewaktu Alim hendak membuang sampah kulit buah-buahan. Mak Cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberikan Sulaiman buah rambutan dan buah manggis. Menurut Alim berkongsi merupakan amalan yang baik. Oleh sebab itu, dia berkongsi dengan orang yang baik seperti keluarga Sulaiman. Mak Cik Timah memuji Alim anak yang baik. Alim sangat suka berkawan dengan Sulaiman. Selepas itu, Alim melambai Mak Cik Timah dan masuk ke dalam rumah. Kemudian, Mak Cik Timah  memandang Alim masuk ke dalam rumah dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...