Monday, 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Kumpulan kami iaitu kumpulan 6 atau yang diberi nama Citra Purnama Production telah menghasilkan elemen asas grafik dengan menggunakan beberapa bahan seperti gunting, pisau, reben, mounting board, UHU glue stick, majalah saiz A4 (Glossy paper) dan yang paling penting iaitu Buku Multimedia dalam bahasa. Jadi, ayuh kita ikuti proses penghasilan asas grafik kumpulan kami!





Setiap ahli kumpulan mempunyai bahagian tugas masing-masing untuk menyempurnakan tugasan asas grafik. Elemen asas grafik yang kami temui dalam majalah yang telah kami pilih dapat dilihat dari segi mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Kami telah menunjukkan dan mendapatkan nasihat bagi gambar yang dipilih kepada Prof. Dr. Normaliza Binti Abd Rahim sebelum meneruskan proses seterusnya. Bagi elemen asas grafik warna, gambar kosmetik telah dipilih kerana penggunaan warna yang amat menyerlah dan menarik. Selain itu, bagielemen mudah pula, kami telah memilih gambar air terjun oleh sebab gambar tersebut menunjukkan dengan jelas dan ketara. Seterusnya, elemen teks, gambar siluet masjid menunjukkan terdapat teks yang jelas dilihat dalam gambar. Gambar persisiran pantai pula dipilih sebagai elemen asas grafik kesesuaian kerana gambar tersebut mempunyai latar tempat yang sesuai. Akhir sekali, bagi elemen keseimbangan pula, keseimbangan dapat dilihat pada sebatang pokok iaitu menggunakan warna terang dan ruang bawah yang menggunakan warna yang lebih gelap. 






Gambar diatas menunjukkan contoh bagi gambar yang telah dipilih setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Prof. Dr. Normaliza Binti Abd rahim.



BBM3410Satu2020: Blanket Test

KUMPULAN 6

Apa elemen asas grafik dari sebuah gambar pemandangan di sebuah jeti ?

Teks. Walaupun gambar tersebut tidak mempunyai teks, tetapi kita sudah tahu gambar itu menunjukkan pemandangan di sebuah jeti.

Friday, 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Cerita Sosial 1 mengisahkan tentang Alim yang sungguh teruja untuk pulang ke kampung datuk dan neneknya di Kajang, Selangor. Alim teruja untuk untuk melihat binatang peliharaan datuk dan nenknya iaitu ayam dan itik. Namun, setibanya Alim di sana, Alim begitu sedih kerana tidak dapat mecari ayam dan itik milik datuk dan neneknya. Dia menangis dan dipujuk oleh neneknya. Setelah itu, dia dibawa ke reban ayam dan itik baru milik datuk dan neneknya. Alim melihat ayam dan itik milik datuk dan neneknya itu dengan begitu gembira. Setelah selesai melihat ayam dan itik, Alim menangis lagi kerana melihat keadaan rumah datuk dan neneknya yang sudah berbeza dan menyangka bahawa rumah tersebut sudah tiada lalu nenek menceritakan kepada Alim mengenai perabot dalam rumah. Cerita nenek telah berjaya menghentikan tangisan Alim. Ibu bapa Alim serta datuk dan neneknya sangat bingung dan sedih dengan tingkah laku Alim. Namun, Alim kelihatan gembira menonton televisyen bersama adik-beradiknya yang lain yang membangkit suasana bahagia dalam keluarga.

BBM3410Satu2020 : Keluarga

Keluarga boleh didefinisikan sebagai orang yang mempunyai talian darah dengan diri dan semestinya orang yang paling rapat dengan kita semua. Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, ayah saya seorang pensyarah dan ibu saya seorang guru. Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan puteri tunggal sulung kesayangan keluarga hahahaaa. Adik lelaki saya berumur 19 tahun, 17 tahun dan 8 tahun. Adik lelaki saya yang berumur 19 tahun turut menuntut ilmu di Universiti Putra Malaysia (UPM) setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala yang lain masing-masing melanjutkan pelajaran di sekolah menengah dan sekolah rendah. Saya mempunyai keluarga yang sering memberikan sokongan kepada diri saya untuk berjaya. Mereka sentiasa menyokong saya dalam menyertai pelbagai aktiviti dan bidang yang saya minati. Saya bersyukur dengan keluarga yang dikurniakan Allah SWT. Selain keluarga, rakan baik saya juga merupakan keluarga saya yang saya amat hargai dan sayangi. Mereka juga sumber kekuatan saya sehingga saya mampu berdiri dan bersama-sama mencapai kejayaan. Alhamdulillah berkat doa ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan saya, saya berjaya mendapat gcpa yang lebih baik daripada semester sebelum ini. Keluarga adalah segala-galanya.






Thursday, 13 February 2020

BBM3410Satu2020 : Penulisan Blog

10 Cara menulis blog dengan baik

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca,

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

7. Dapat dibaca dan difahami.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

"Menulis blog boleh dijadikan sebagai proses untuk menolong dan mempertingkat motivasi pelajar dalam kehidupan. Oleh itu, menulis blog boleh dijadikan medium komunikasi untuk semua pelajar di mana mereka boleh berkongsi pengalaman, pendapat dan komen terhadap topik yang dibincangkan" (Normaliza Abd Rahim, 2014) Penulisan blog yang baik merupakan sebuah penulisan yang berjaya menarik peminat membaca untuk meneruskan bacaan terhadap pengisian blog. Sekiranya blog tersebut tidak mempunyai cerita yang menarik, pembaca akan mula bosan dan mencari bahan bacaan di blog lain yang lebih menarik. Oleh sebab itu, pengisian blog yang menarik dengan pelbagai cerita amatlah dinanti-nanti oleh pembaca untuk terus mengikuti perkembangan penulisan dalam blog milik penulis.

Sebaiknya blog seharusnya mempunyai ayat yang humor dan berbentuk jenaka akan membuatkan blog lebih menarik. Tanpa ayat yang humor dan berbentuk jenaka mungkin blog akan lebih tampak formal dan sedikit membosankan. Hujah yang baik dan mempunyai kesinambungan dalam penulisan amat penting untuk memudahkan pembaca memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Penulis boleh memasukkan isu semasa dalam pengisian blog untuk meraih minat pembaca moden sekarang yang amat ketagih terhadap isu tular.

Selain itu, penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas dapat memudahkan pembaca untuk memahami dan dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisan blog. Komunikasi dua hala melalui penulisan blog juga penting bagi menunjukkan komunikasi antara penulis dan pembaca. 
Nilai moral dan estetika juga penting dalam penulisan blog untuk memberi sesuatu kepada pembaca dan bukan hanya sekadar suka-suka. Penulisan blog juga mampu memberi ilmu kepada pembaca untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengisian blog itu tersendiri.

Kesimpulannya, 10 cara-cara untuk menulis blog yang baik sepatutnya dapat membantu penulis untuk memahami cara-cara menulis blog yang baik dengan lebih sempurna.

Rujukan

Normaliza Abdul Rahman (2014) Learning Through Blog Writing Enbraching The Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh! Media Sosial. Terengganu, Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Fuh, rasa macam tak percaya tulis balik blog untuk subjek teras kursus. Hahaha. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menulis blog, sejak umur 12 tahun lagi saya sudah mula menulis blog tapi hanya untuk suka-suka kerana saya saya sangat gemar menulis. Nama diberi secantik diri ini iaitu Anis Maisarah Binti Sharulnizam heheeee. Saya berumur 21 tahun 7 bulan heheee. Masih muda lagi hahaha. Saya berasal daripada Kelantan. Ramai yang selalu bertanya kepada saya, kenapa saya tak bunyi seperti orang Kelantan hahaaaa. Secara biologinya saya memang berdarah Kelantan kerana ibu bapa saya anak jati Kelantan. Tapi sebab saya membesar di Kuantan, saya tidak menggunakan dialek Kelantan dengan sempurna, tapi saya faham je dan tahu bagaimana untuk respon. Cuma yang menjadi masalah sama ada orang faham atau tak apa yang saya perkatakan. Ayah saya seorang pensyarah dan ibu saya seorang guru jadi saya sentiasa menjadikan ibu bapa saya sebagai idola saya untuk lebih berjaya. Hahahaaaa. Apa lagi yang menarik mengenai saya? Hurmmm, ini orang lah kata hehe saya seorang yang peramah dan banyak cakap. Ada je topik untuk disembang bersama saya. Saya akui saya memang seorang yang peramah dan banyak cakap tetapi terdapat juga orang tertentu yang saya sukar untuk berborak dengannya hahaha. Sama ada dia hambar atau saya yang hambar hahahaaaa.


BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...