Friday 19 June 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER


Perbezaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter:

1. Kajian Bicen dan Cavus (2012), pelajar mempunyai tabiat dalam menggunakan twitter iaitu menyatakan rutin hariannya dan emosi mereka serta gemar menggunakan twitter dalam proses pembelajaran. Manakala Facebook pula kajian menyatakan bahawa Facebook merupakan cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal seperti dalam kajian Madge, (2009)

2.Elavsky, Mislan dan Elavsky (2011) pula menyatakan bahawa twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat yang akan diperoleh.  Dalam kajian Facebook pula, Blattner dan Fiori (2009), menyatakan bahawa facebook mampu memudahkan untuk berimteraksi dalam bahasa tulen serta kesedaran sosio-pragmatik yang diperoleh melalui penggunaan kumpulan di Facebook. 

3.Kajian twitter yang dijalankan dalam kelas oleh Junco (2010), kesan twitter pada penglibatan pelajar kolej dan kejayaan mereka. pelajar akan melibatkan diri dalam proses pembelajaran apabila diberi peluang menggunakan twitter.  Kajian Facebook yang dibuat oleh Selwyn (2007), memegang kepentingan sosial dan peribadi dan facebook juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran bahasa pelajar (Selwyn 2007)

4. Twitter mempunyai potensi dalam aktiviti membaca selepas kelas.( Ida Soraya et al. 2013). Manakala, Facebook pula dalam kajian membantu guru untuk melibatkan pelakjar di luar kelas dan pengajar boleh mempelajari tentang trend dan isu dalam pendidikan bahasa Inggeris sebagai bahasa asing dan mendapatkan idea untuk latihan dalam kelas.(Pilgrim dan Bledsoe (2011).


5. Pelajar dapat mampu belajar dalamm persekitaran dalam dewan kuliah dan berminat untuk mempelajari lebih bnyk. twiiter boleh digunakan sebagai penilaian formatif dalam kalangan pelajar sek di dalam kelas. (Chen 2012).  Pempek (2009), meyatakaan bahawa facebook membolehkan guru untuk berlatih pedagogi berbeza, mengikut minat pelajar.


RUJUKAN:

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...