Thursday 7 May 2020

BBM3410Satu2020: BAB 7 ISU RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA


 ISU RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Rangkaian sosial sememangnya semakin popular dalam kalangan masyarakat zaman moden sekarang. Popularnya sesebuah rangkaian sosial telah menyebabkan kebanyakan ilmuan berminat untuk mengkaji keseluruhan perkara yang berkaitan dengan rangkaian sosial tersebut. Oleh itu, bidang bahasa juga turut sama mengkaji berkenaan rangkaian sosial yang telah memberi kesan kepada penggunaan bahasa. Berikut merupakan nota ringkas berkenaan isu rangkaian sosial dalam kalangan pengguna daripada dua aspek iaitu struktur ayat dan penggunaan bahasa.




Disini saya selit gambar saya yang comel dengan buku Eh!! Media Sosial hehe. Chaw. Trimas.


RUJUKAN:

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT

Tuesday 5 May 2020

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum kepada yang membaca, hehe. Baiklah harini saya nak share tentang kepentingan asas grafik. Menurut Normaliza Abd Rahim, 2019, asas grafik mempunyai lima kepentingan. Asas grafik sangat penting untuk membantu mereka yang melihatnya mampu memahami gambar tersebut. Antara kepentingan asas grafik ialah menarik, ketara, promosi, mesej dan mudah difahami. Jom kita tengok nota ringkas berkaitan kepentingan asas grafik untuk kamu semua faham dengan ringkas dan mudah. Ayuh!





Disini saya selit juga muka saya yang hurm acah bersama buku Multimedia dalam bahasa. Huhu


RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit: Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

CERITA SOSIAL 3

Antara 3 nilai yang terkandung dalam cerita;
  1.  Rajin
  2. Penyabar
  3. Penyayang

Nilai pertama dalam cerita sosial 3 ialah rajin. Alim dan adik beradiknya selalu membantu ibu bapa mereka untuk membuat kerja rumah seperti menyapu sampah dan mengutip permainan yang bersepah. Selain itu, nilai kedua pula ialah penyabar. Hal ini kerana Alim cuba untuk belajar menjadi seorang yang penyabar dan rajin membuat kerja rumah selepas dipujuk oleh ibunya. Alim cuba untuk memahami kerja seharian di rumahnya. Nilai terakhir pula ialah penyayang. Alim dan keluarganya saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Hal ini boleh dilihat melalui ungkapan alim kepada keluargnya iaitu "Saya sayang keluarga saya.". Kesimpulannya, Alim dan keluarga mempunyai nilai-nilai positif dan baik dalam diri mereka sehingga membentuk sebuah keluarga bahagia.

Diselit gambar saya yang boleh la acah cumil bersama buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu



BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...