Saturday 18 July 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah selesai sudah penghasilan kalendar menggunakan photoshop. Pada awalnya agak rumit kerana masih tidak biasa menggunakan aplikasi photoshop untuk pengeditan gambar tetapi atas tunjuk ajar Encik Akmal ya begitu terhasillah kalendar 2021. Terima kasih atas tunjuk ajar Encik Akmal dan Prof.Dr. Normaliza sepanjang 14 minggu semester ini.
Okaylah jom kita tengok hasil kerja sayaaaaaaaaaaaaaaa. Biasa2 saja tapi yeah yang penting ada usaha. Hehehe















Friday 19 June 2020

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1






Berikut merupakan logo yang telah saya hasilkan berkaitan dengan lirik lagu 1. Saya menggunakan simbol cinta sebagai bingkai logo dan di dalamnya terdapat sebuah keluarga yang ringkasnya ada anak lelaki dan anak perempuan. Walaupun tidak mempunyai lukisan saudara dan adik tapi gambaran sebuah keluarga sudah jelas terlihat dalam logo tersebut. Keluarga merupakan orang yang paling dekat dengan kita dan merupakan darah daging kita. Mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukan mereka. Sebuah keluarga yang Bahagia merupakan sebuah keluarga yang saying antara satu sama lain dan bersabar walau apapun yang terjadi. Mereka sentiasa bersama-sama mengharungi dugaan. Kasih saying dalam keluarga membentuk insan yang berguna.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER


Perbezaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter:

1. Kajian Bicen dan Cavus (2012), pelajar mempunyai tabiat dalam menggunakan twitter iaitu menyatakan rutin hariannya dan emosi mereka serta gemar menggunakan twitter dalam proses pembelajaran. Manakala Facebook pula kajian menyatakan bahawa Facebook merupakan cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal seperti dalam kajian Madge, (2009)

2.Elavsky, Mislan dan Elavsky (2011) pula menyatakan bahawa twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat yang akan diperoleh.  Dalam kajian Facebook pula, Blattner dan Fiori (2009), menyatakan bahawa facebook mampu memudahkan untuk berimteraksi dalam bahasa tulen serta kesedaran sosio-pragmatik yang diperoleh melalui penggunaan kumpulan di Facebook. 

3.Kajian twitter yang dijalankan dalam kelas oleh Junco (2010), kesan twitter pada penglibatan pelajar kolej dan kejayaan mereka. pelajar akan melibatkan diri dalam proses pembelajaran apabila diberi peluang menggunakan twitter.  Kajian Facebook yang dibuat oleh Selwyn (2007), memegang kepentingan sosial dan peribadi dan facebook juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran bahasa pelajar (Selwyn 2007)

4. Twitter mempunyai potensi dalam aktiviti membaca selepas kelas.( Ida Soraya et al. 2013). Manakala, Facebook pula dalam kajian membantu guru untuk melibatkan pelakjar di luar kelas dan pengajar boleh mempelajari tentang trend dan isu dalam pendidikan bahasa Inggeris sebagai bahasa asing dan mendapatkan idea untuk latihan dalam kelas.(Pilgrim dan Bledsoe (2011).


5. Pelajar dapat mampu belajar dalamm persekitaran dalam dewan kuliah dan berminat untuk mempelajari lebih bnyk. twiiter boleh digunakan sebagai penilaian formatif dalam kalangan pelajar sek di dalam kelas. (Chen 2012).  Pempek (2009), meyatakaan bahawa facebook membolehkan guru untuk berlatih pedagogi berbeza, mengikut minat pelajar.


RUJUKAN:

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN ( NORMALIZA ABD RAHIM, 2019 )

Berikut merupakan peta minda watak dan perwatakan.





Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit: Universiti Putra malaysia, Serdang, Selangor.
 

Thursday 11 June 2020

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


PETA MINDA ANIMASI, DRAMA DAN FILEM



Berikut merupakan peta minda yang telah saya hasilkan. Maaf gambar agak kabur sedikit kerana saya tidak dapat mengakses internet menggunakan laptop, jadi terpaksa membuat tugasan ini menggunakan telefon. Apapun alhamdulillah, selesai sudah semua tugasan amali pada hari ini.

Rujukan :

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit: Universiti Putra malaysia, Serdang, Selangor.
 

AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI


Aktiviti 1, 2 dan 3





RUJUKAN:

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5


Terdapat 3 nilai yang terkandung dalam cerita sosial 5 iaitu menghargai, pemurah dan rajin.




Alim seorang yang menghargai pemberian orang lain. Buku-buku yang diberikan oleh keluarganha disusun rapi pada setiap hari. Selain itu, Alim seorang yang pemurah kerana Alim sentiasa suka berkingsi dengan orang lain. Hal ini dapat dilihat apabila Alim berkongsi apa yang dimilikinya dengan Sulaiman. Kadang-kadang dia berkongsi coklat dan dia turut berkongsi buku ceritanya. Akhir sekali, Alim seorang yang rajin kerana Alim menyusun buku-buku pemberiam keluarganya mengikut abjad. Kesimpulannya, Alim memang seorang anak yang mempunyai banyak nilai dalam diri yang mampu dijadikan contoh kepada orang lain.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melihat. Begitu mencabar sekali ya minggu 14 bagi diriku ini tapi alhamdulillah seles...